FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes
Soalan |
Jawapan |
|
1 |
Apakah yang perlu dilakukan jika keluar mesej “Maklumat Tidak Dapat Dipaparkan Sama Ada Kerana : Peraturan di Selenggara Kelayakan Tuntutan ATAU Maklumat Profil Tidak Lengkap” pada tab Senarai Tuntutan semasa memohon Elaun Perjalanan Dalam Negeri? |
Dua sebab mesej berkenaan dipaparkan :
Pentadbir HRMIS agensi perlu memaklumkan kepada Helpdesk HRMIS JPA untuk tindakan pemilik modul.
|
2 |
Mengapa mesej “Sila kemaskini Rekod Cawangan Bank di Modul Pengurusan Rekod Peribadi” dipaparkan semasa Pemilik Kompetensi memilih Kaedah Pembayaran Tuntutan pada paparan Maklumat Permohonan Tuntutan? |
Pemilik Kompetensi perlu mengisi sendiri maklumat nombor akaun bank dan cawangan bank berdasarkan langkah-langkah berikut:
*Jika cawangan bank tidak tersenarai, memadai dengan memilih ibu pejabat (HQ) bank berkenaan. Kebiasaannya di Kuala Lumpur.
|
3 |
Mengapa mesej “Sila kemaskini Profil Perkhidmatan dan Sandangan CO” dipaparkan semasa Pemilik Kompetensi memilih tab Papar Maklumat Gaji? |
Mesej tersebut dipaparkan kerana maklumat No. Gaji tidak diselenggara oleh Payroll Administrator Federal/State Government. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemas kini No. Gaji Pemilik Kompetensi:
|
4 |
Mengapa elaun memangku tidak dipaparkan pada tab Papar Maklumat Gaji sedangkan sandangan Pemilik Kompetensi adalah memangku ?
|
Elaun memangku tidak dipaparkan kerana maklumat tersebut tidak dikemas kini oleh Payroll Administrator Federal/State Government .
Berikut adalah langkah-langkah untuk menambah atau mengemaskini maklumat elaun memangku Pemilik Kompetensi:
|
5 |
Mengapa Pemilik Kompetensi yang menanggung kerja tidak ditolak 2 jam 15 minit daripada tuntutan Bayaran Lebih Masa?
|
Bagi kes Pemilik Kompetensi yang menanggung tugas, sistem tidak menolak 2 jam 15 minit secara automatik kerana tiada penetapan atau indikator bahawa pemilik kompetensi tersebut sedang menanggung kerja di ruangan ‘Tanggung Kerja’ pada muka surat depan Penyata Tuntutan Elaun Lebih Masa yang dijana dari HRMIS.
|
6 |
Mengapa masih perlu mencetak borang tuntutan? |
CO perlu mencetak dan menandatangani borang tuntutan yang dijana melalui sistem bagi tujuan pemantauan audit. Walau bagaimanapun, kemudahan muat naik dokumen sokongan telah disediakan tetapi CO masih perlu membuat salinan dan pengesahan salinan secara fizikal dan dihantar bersama-sama borang tuntutan.
|
7 |
Saya menanggung kerja, tetapi sistem tidak menolak 2 jam 15 minit.
|
Sistem tidak menolak 2 jam 15 minit secara automatik kerana tiada penetapan atau indikator bahawa pemilik kompetensi tersebut sedang menanggung kerja di ruangan ‘Tanggung Kerja’ pada muka surat depan Penyata Tuntutan Elaun Lebih Masa yang dijana dari HRMIS.
|
8 |
Saya merupakan pegawai di Negeri Selangor. Hari Ahad merupakan cuti Hujung Minggu. Jika hari Ahad juga merupakan cuti umum, bagaimana kelayakan tuntutan bayaran lebih masa saya? Adakah dikira cuti umum atau cuti hujung minggu?
|
Hari ahad dikira sebagai cuti hujung minggu.
|
9 |
Apakah jenis tuntutan yang boleh dilakukan menerusi HRMIS?
|
Jenis-jenis tuntutan yang boleh dimohon melalui HRMIS Klasik dan HRMIS2.0 adalah :
|
10 |
Saya merupakan gred pelaksana tetapi mesej “Ända tidak layak memohon bayaran lebih masa”. Mengapa ia terjadi?
|
Mesej tersebut dipaparkan kerana jabatan / agensi (BU) CO belum disetkan sebagai Penerima Penetapan Agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat pada tarikh permohonan.
Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan melalui Meja Bantuan JPA untuk tindakan Pemilik Modul.
|
Kelayakan kadar hotel / elaun makan/ elaun lojing salah. |
Jika perkara ini berlaku, sila semak maklumat gred sandangan dan mata gaji semasa di Profil Perkhidmatan. |
|
Tiada butang “Tambah” pada Selenggara Kenderaan.
|
Pemilik Kompetensi perlu membuang tanda “√” pada peranan Claim Administrator.
|
|
Apabila klik tab Senarai Tuntutan, keluar mesej “Maklumat di ruangan Kenyataan Tuntutan tidak Berjaya disimpan sepenuhnya”. Mengapa ia terjadi?
|
Mesej tersebut dipaparkan kerana jabatan / agensi (BU) CO belum disetkan sebagai penerima penetapan agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat pada tarikh permohonan.
Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan melalui Meja Bantuan JPA untuk tindakan pemilik modul.
|
|
Perbezaan Bayaran Balik Letak Kenderaan dan Bayaran Letak Kereta.
|
Bayaran Balik Letak Kenderaan ialah bayaran tetap bulanan yang dijelaskan oleh pegawai kepada pengusaha parkir awam yang mengenakan bayaran kepada kenderaan yang diletakkan di kawasan berbayar tersebut. Had tuntutan maksimum bagi Bayaran Balik Letak Kenderaan ialah RM90 sebulan.
Sementara Bayaran Letak Kereta ialah bayaran yang dijelaskan oleh pegawai setiap kali dia meletakkan kenderaannya di kawasan parkir secara tidak tetap (sekali-sekala). Tiada had tuntutan maksimum bagi Bayaran Letak Kereta.
|
|
Mengapa agensi saya tidak dapat membuat permohonan tuntutan?
|
Ia berlaku kerana penetapan agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat belum dibuat pada tarikh permohonan.
Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan melalui Meja Bantuan JPA untuk tindakan pemilik modul.
|
|
Agensi saya ada sistem Pengurusan Maklumat Pegawai. Bolehkah digunakan untuk diintegrasikan dengan HRMIS untuk melaksanakan modul tuntutan? |
Buat masa ini, sistem seperti itu tidak boleh diintegrasikan dengan HRMIS untuk pelaksanaan modul Tuntutan kerana fungsi ini hanya menggunakan maklumat dan data yang terdapat di dalam HRMIS sahaja. |
|
Bagaimana pelaksanaan pegawai shift dalam pengiraan Bayaran Lebih Masa?
|
Pelaksanaan pegawai shift dalam pengiraan Bayaran Lebih Masa ditentukan melalui penetapan Waktu Asas Bekerja di Profil Perkhidmatan. |