Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti untuk Tahun 2017 akan dilaksanakan. Sila ambil perhatian berkenaan perkara-perkara berikut:
- Permohonan Cuti melalui HRMIS dan MyHRMIS Cuti akan DITUTUP mulai 14/12/2016 sehingga 2/1/2017. Oleh itu, aktiviti Permohonan Cuti hingga Kelulusan Cuti perlu selesai SEBELUM 14/12/2016.
- Permohonan GCR dan Cuti Bawa ke Hadapan perlu diluluskan SEBELUM 22/12/2016. Mohon semua Pemilik Kompetensi menyemak status GCR dan Cuti Bawa Ke Hadapan sebelum aktiviti penjanaan cuti dilaksanakan oleh Pentadbir Cuti.
- Aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti Tahun 2017 akan bermula pada 22/12/2016.
- Permohonan Cuti melalui HRMIS dan MyHRMIS Cuti akan DIBUKA SEMULA pada 3/1/2017.
- Muat Turun Jadual Aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti HRMIS Bagi Tahun 2017
- Muat Turun Pelan Tindakan Penjanaan Kelayakan Cuti 2017
- Muat Turun Pemakluman Emel