FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes
Soalan |
Jawapan |
|
1 |
Kenapa saya tidak boleh membuka sub modul Program Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0?
|
Sub modul ini hanya boleh digunakan di HRMIS One / Klasik sahaja.
|
2 |
Apakah penetapan tugas (Peranan) yang perlu diberikan supaya Pentadbir di agensi boleh memasukkan maklumat kursus/ latihan di Data Sejarah?
|
Penetapan tugas (Peranan) yang dimaksudkan adalah Pentadbir Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi.
|
3 |
Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh mengemaskini maklumat kursus di Modul Rekod Peribadi > Papar Rekod Peribadi > Tab Kursus?
|
Pemilik Kompetensi perlu menghantar salinan sijil kepada Pentadbir Kursus supaya beliau boleh memasukkan maklumat kursus tersebut di Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Program Pembangunan Kompetensi > Selenggara Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi
|