Modul / Submodul / Fungsi : Pertukaran
FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes
Soalan |
Jawapan |
Pindaan Jawapan / Pembetulan (Jika ada) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tidak boleh akses kepada Fungsi Permohonan Pertukaran HRMIS kerana mesej pop-up dipaparkan apabila klik tab Permohonan Pertukaran Sendiri Umum..
|
Terdapat kawalan capaian ke atas Fungsi Permohonan Pertukaran ini. Capaian hanya dibenarkan kepada:
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tidak boleh hantar permohonan sebab tiada butang hantar |
Permohonan Pertukaran tersebut perlu disimpan terlebih dahulu. Selepas berjaya disimpan barulah sistem memaparkan butang Hantar. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tidak boleh hantar permohonan Pertukaran. ‘Ralat error on page’
|
Sekiranya dokumen sokongan telah dimuatnaik, sila hapuskan dahulu semua dokumen sokongan tersebut. Mohon simpan maklumat permohonan tanpa dokumen sokongan. Setelah berjaya HANTAR, tambah semula dokumen sokongan tersebut dan pilih butang "kemaskini".
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tidak boleh hantar permohonan. Ralat “Penetapan aliran kerja untuk anda perlu dikemaskini. Anda ingin maklumkan kepada pentadbir aliran kerja?” |
Sila hubungi Pentadbir HRMIS di agensi untuk penetapan aliran kerja yang berkaitan.
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Aliran Kerja telah disetkan tetapi masih tidak berjaya menghantar permohonan. |
Sekiranya Peraturan 1 bagi Penghantar adalah Agency, ia perlu ditukar kepada Business Unit. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pegawai pernah memohon pertukaran sebelum ini tetapi pertukaran tersebut telah tidak aktif. Bagaimana saya ingin memohon pertukaran yang baru?
|
Bagi permohonan yang dibuat sebelum tahun 2014, permohonan tersebut akan luput selepas 2 tahun dan ia tidak dipaparkan di dalam HRMIS. Sekiranya pegawai masih ingin meneruskan permohan tersebut, pegawai boleh memaklumkan kepada Pasukan Helpdesk JPA untuk mengaktifkan semula permohonan pertukaran.
Bagi permohonan yang dibuat selepas tahun 2014, permohonan yang melebihi 2 tahun masih dipaparkan di HRMIS. Sekiranya pegawai masih ingin meneruskan permohonan, pegawai boleh mengemaskini permohonan sekiranya perlu. Namun, jika pegawai tidak lagi berminat untuk meneruskan permohonan, ia perlu dibatalkan. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Adakah semua skim boleh menggunakan HRMIS untuk membuat permohonan pertukaran?
|
Pada masa ini, pelaksanaan fungsi permohonan pertukaran ini hanya melibatkan:
Skim Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah seperti berikut:
Sumber: SPP Bil. 3/2007
Pegawai Perkhidmatan Keselamatan adalah seperti berikut:
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pegawai sedang dikenakan tindakan tatatertib. Adakah pegawai boleh memohon pertukaran?
|
Pegawai yang sedang dikenakan tindakan tatatertib tidak dibenarkan untuk memohon pertukaran. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagaimana untuk membatalkan permohonan pertukaran yang pernah dibuat?
|
Permohonan pertukaran hanya boleh dibatalkan oleh pegawai sendiri (CO) di menu berikut:
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saya merupakan pegawai gunasama tetapi tidak berjaya membuat permohonan pertukaran.
|
Pegawai perlu membuat semakan ke atas elemen Ketua Perkhidmatan dalam Profil Perkhidmatan.
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Telah memuat naik dokumen sokongan beberapa kali namun dokumen tersebut masih tidak boleh dibuka oleh Pegawai Penyokong. |
Pastikan nama fail dokumen tersebut tidak mempunyai lebih dari 1 titik seperti di bawah: Borang Pertukaran En.Wan.pdf
Ini kerana sistem tidak dapat mengesan jenis fail selepas titik pertama (.Wan.pdf). Sistem hanya boleh mengesan jenis fail dalam format .doc, .docx, .xls, .xlsx atau .pdf sahaja. Justeru pegawai perlu rename nama fail tersebut dan muat naik semula.
Jika nama fail telah ditukar dan dokumen sokongan masih tidak boleh dibuka, mohon maklumkan kepada pihak Helpdesk JPA (hrmis_helpdesk@jpa.gov.my) untuk tindakan selanjutnya.
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagaimana saya hendak tahu status permohonan saya?
|
Anda boleh menyemak sendiri status permohonan pertukaran di menu berikut:
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apakah status-status permohonan pertukaran yang diguna pakai dalam HRMIS? |
Status Permohonan Pertukaran HRMIS adalah seperti berikut:
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Permohonan pertukaran tiada di dalam Peti Pesanan Penyokong.
|
Jika permohonan pertukaran tiada di dalam inbox Penyokong, Pentadbir HRMIS di agensi perlu semak di menu Kemaskini Transaksi Aliran Kerja. Jika transaksi permohonan tiada nama Penerima di menu tersebut (coid=0), Pentadbir perlu mengemaskini kepada Nama Penyokong.
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pegawai berasal dari Sarawak tetapi borang permohonan borang tersebut memapar pegawai tidak berasal dari Sabah/Sarawak. |
Maklumat Pegawai Berasal dari Sabah/Sarawak diambil dari Rekod Peribadi – Isytihar Wilayah Asal. Pegawai perlu mengisytihar wilayah asal terlebih dahulu dan memastikan maklumat tersebut disahkan oleh Pengesah. Maklumat Pegawai Berasal dari Sabah/Sarawak akan bertukar dari Tidak kepada YA setelah maklumat tersebut disahkan. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Permohonan telah melebihi 2 tahun tetapi saya masih ingin meneruskan permohonan |
Paparan "Tempoh Permohonan Anda melebihi 2 tahun. Sila Batalkan permohonan ini jika tidak berminat meneruskan permohonan" adalah peringatan kepada pemohon untuk membatalkan permohonan JIKA pemohon tidak berminat untuk meneruskan permohonan tersebut. Jika masih berminat, pemohon tidak perlu buat apa-apa dan boleh hubungi Urus Setia Pertukaran di Bahagian Perkhidmatan, JPA untuk keterangan lanjut.
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sistem tidak memaparkan bidang pertama dan kedua. |
Pada masa ini, hanya skim Pegawai Tadbir & Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat dan Pembantu/Penolong/Pegawai Vokasional sahaja yang mempunyai Bidang.
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagaimana untuk mendapat senarai maklumat bagi pegawai yang telah disokong permohonan pertukaran untuk semakan dan pemantauan Agensi? |
Agensi boleh membuat pemantauan melalui Laporan Permohonan Pertukaran Agensi. Peranan yang diperlukan adalah [02][0202][575] Re-Assignment Request Administrator. |
|