dimaklumkan bahawa, fungsi Permohonan Cuti Umrah/Cuti Keagamaan di HRMIS 2.0 telah ditambahbaik dengan menggabungkan fungsi Permohonan Cuti Umrah dan Permohonan Cuti Keagamaan sedia ada berdasarkan Pekeling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 – Kemudahan Cuti Umrah dan Pekeling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2018 – Kemudahan Cuti Keagamaan.
Sehubungan dengan itu, fungsi Permohonan Cuti Umrah dan Permohonan Cuti Keagamaan di HRMISOne/ HRMIS Klasik adalah ditutup berkuat kuasa hari ini.
Mohon kerjasama dan tindakan Pentadbir HRMIS/ Pentadbir Cuti di setiap agensi berkenaan untuk mengambil tindakan mengenai perubahan Aliran Proses, Peranan dan Kod Aliran Kerja seperti berikut:
Bersama ini disertakan Panduan Pengguna Permohonan Cuti Umrah/Cuti Keagamaan untuk rujukan YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini, boleh diajukan kepada Helpdesk HRMIS di talian 03-83211400